HACKATHON UMS
2025
International Digiverse Book Fest merupakan inisiatif unggul Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama agensi-agensi kerajaan negeri Sabah untuk merintis penyelesaian digital inovatif bagicabaran sektor awam. Menggabungkan elemen hackathon, ekspo teknologi, dan Seminar Digital@Sabah, acara ini menjadi platform strategik dalam memacu transformasi digital negeri.
Salah satu tumpuan utama acara ini ialah Hackathon UMS, di mana para pembangun, inovator dan penyelesai masalahakan bersaing dalam membangunkan solusi digital bagi permasalahan utama sektor awam.
Peserta bukan sahaja berpeluang menonjolkan kepakaran dan kreativiti, malah turut berpeluang meraih pengiktirafan profesional, ganjaran kewangan menarik, serta peluang kolaborasi lanjut dengan agensi kerajaan.
Melalui kerjasama erat antara UMS dan pelbagai agensi negeri, termasuk penglibatan dalam Seminar ICT Negeri Sabah, inisiatif ini membentuk ekosistem inklusif yang memacu inovasi dan kemampanan digital.
Jadual Garis Masa
12 MEI
Pengumuman Permasalahan
12 - 25 MEI
Tempoh Pendaftaran
26 MEI - 24 OGOS
Tempoh Pembangunan Solusi
Tempoh masa selama 3 bulan untuk pembangunan solusi mengikut permasalahan yang dipilih.
25 - 31 OGOS
Tempoh Penghantaran
Penghantaran solusi kepada pihak urusetia penganjur
1 - 30 September
Penilaian Solusi
Penilaian solusi oleh panel penilai untuk menentukan senarai finalis bagi sesi Pitch Akhir.
OKTOBER
Pengumuman Finalis
13 NOVEMBER
Pitch Akhir
Pernyataan Masalah
Akan Datang...
Kriteria Penyertaan
1. Penyertaan TERHAD kepada penduduk negeri Sabah sahaja
2. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang ahli
3. Setiap kumpulan boleh mendaftar untuk menangani mana-mana satu daripada tujuh (7) permasalahan yang diumumkan


Sebarang pertanyaan?
Sila hubungi kami di bulandigital@ums.edu.my untuk maklumat lanjut