Portal Kinabalu UMS: Satu Log Masuk, Pelbagai Sistem

Kini lebih mudah, cepat dan selamat untuk mengakses sistem universiti melalui Portal Kinabalu UMS!

Portal Kinabalu UMS merupakan portal rasmi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyediakan akses berpusat kepada pelbagai sistem universiti melalui satu akaun Single Sign-On (SSO). Portal ini boleh digunakan oleh pelajar dan staf bagi memudahkan capaian kepada sistem seperti Sistem Akademik, Sistem Pentadbiran, Sumber Manusia, Permohonan & Perkhidmatan serta pelbagai perkhidmatan digital UMS yang lain.

Dengan Portal Kinabalu UMS, pengguna hanya perlu log masuk menggunakan ID dan kata laluan, kemudian memilih sistem yang diperlukan. Pendekatan ini menjadikan urusan digital lebih pantas dan mudah tanpa perlu mengingati banyak akaun dan kata laluan.

Bagi memastikan pengalaman akses yang lebih selamat dan berpusat, log masuk menggunakan MyDigitalID akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026.

Jadikan Portal Kinabalu UMS sebagai akses utama anda ke sistem universiti — satu portal, pelbagai perkhidmatan, lebih mudah untuk semua.

Untuk pertanyaan atau aduan:
Help Desk Digital UMS: +6088-329 000
Layari: https://kukuro.ums.edu.my

Related News

#goDigitalUMS

© Copyright 2026 DigitalUMS. All right reserved.

Select your language