UMS Berjaya Melepasi Sasaran 80% Penggunaan AI di Seluruh Kampus

TAHNIAH & SYABAS WARGA UMS!

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas pencapaian yang amat membanggakan apabila berjaya melepasi sasaran **80% penggunaan AI** di seluruh kampus!

Pencapaian Semasa Penggunaan AI di UMS:

🔹 82.8% – Gemini AI Pro
🔹 86.0% – Gemini Notebook Enterprise

Kejayaan cemerlang ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen dan sokongan padu daripada:

🎓 Para pensyarah & pelajar
🏛️ Kepimpinan UMS & pihak pengurusan
💡 AI Champions & seluruh warga kerja universiti
🤝 Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

Terima kasih atas kesediaan seluruh warga UMS untuk belajar, mencuba, berkongsi ilmu, serta membudayakan teknologi AI secara optimum dalam pengajaran, pembelajaran (PdP), penyelidikan, dan urusan pentadbiran.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melangkah lebih jauh, sekali gus mengukuhkan peranan UMS sebagai antara peneraju utama transformasi AI dalam pendidikan tinggi di Malaysia.

👏 Syabas dan tahniah kepada kita semua!

Bersama Memacu Transformasi AI dalam Pendidikan Tinggi Malaysia

UMS – Bertekad Cemerlang

Top 5: Gemini Pro Individual Award – 'Searching for Malaysia’s Top AI Innovators: 5 Best Use Cases for Lecturers' Campaign, organized by Google Malaysia

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Suriana Lasaraiya dari Pusat Persediaan Sains & Teknologi (PPST), UMS atas kejayaan hebat dinobatkan sebagai:

🏆 TOP 5: Malaysia’s Top AI Innovators (Gemini Pro Individual Award)

Anjuran Google Malaysia menerusi kempen "Searching for Malaysia’s Top AI Innovators – 5 Best Use Cases for Lecturers"

💡 Inovasi / Use Case:

AI-Powered Massive Open Online Course (MOOC) Development:

A Case Study using Gemini and NotebookLM for Foundation Level Introduction to Statistics

Pengiktirafan membanggakan ini mencerminkan komitmen dan kecemerlangan beliau dalam menerapkan inovasi AI yang memberi impak nyata terhadap pengajaran dan pembelajaran, seterusnya memperkasa pendidikan masa hadapan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga UMS untuk terus meneroka serta memanfaatkan potensi AI demi kemajuan pendidikan negara! 🌟

📲 Saksikan perkongsian penuh di sini:

https://vt.tiktok.com/ZSqFFEqxW/

Preparing for the Quantum Era: IBM’s Vision for Global Post-Quantum Cryptography Migration

Sempena Persidangan Antarabangsa CRYPTOLOGY2026, kami ingin menjemput semua warga UMS yang berminat untuk menghadiri Syarahan Umum yang akan disampaikan oleh:

Michael Osborne
CTO, IBM Quantum Safe, IBM Research Europe
Zurich, Switzerland

Tajuk: Preparing for the Quantum Era: IBM’s Vision for Global Post-Quantum Cryptography Migration

Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat: Multivision Room, Level 3, Kinabalu Tower (Menara Kinabalu), Kota Kinabalu, Sabah

Sarapan pagi disediakan.

Sesi ini terbuka kepada orang awam yang ingin memahami dengan lebih dekat perkembangan Quantum Computing, Cryptology, Post-Quantum Cryptography (PQC) serta cabaran dan persediaan ke arah PQC Migration.

Semua dijemput hadir. Tiada latar belakang khusus dalam bidang kriptologi atau teknologi diperlukan.

Kehadiran anda amat dialu-alukan. Sekian dan terima kasih.

Anjuran bersama: MSCR, UMS dan JTDI

Portal Kinabalu UMS: Satu Log Masuk, Pelbagai Sistem

Kini lebih mudah, cepat dan selamat untuk mengakses sistem universiti melalui Portal Kinabalu UMS!

Portal Kinabalu UMS merupakan portal rasmi Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyediakan akses berpusat kepada pelbagai sistem universiti melalui satu akaun Single Sign-On (SSO). Portal ini boleh digunakan oleh pelajar dan staf bagi memudahkan capaian kepada sistem seperti Sistem Akademik, Sistem Pentadbiran, Sumber Manusia, Permohonan & Perkhidmatan serta pelbagai perkhidmatan digital UMS yang lain.

Dengan Portal Kinabalu UMS, pengguna hanya perlu log masuk menggunakan ID dan kata laluan, kemudian memilih sistem yang diperlukan. Pendekatan ini menjadikan urusan digital lebih pantas dan mudah tanpa perlu mengingati banyak akaun dan kata laluan.

Bagi memastikan pengalaman akses yang lebih selamat dan berpusat, log masuk menggunakan MyDigitalID akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026.

Jadikan Portal Kinabalu UMS sebagai akses utama anda ke sistem universiti — satu portal, pelbagai perkhidmatan, lebih mudah untuk semua.

Untuk pertanyaan atau aduan:
Help Desk Digital UMS: +6088-329 000
Layari: https://kukuro.ums.edu.my

Pelaksanaan MyDigital ID Sebagai Log Masuk Utama Sistem UMS Mulai Oktober 2026

Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dimaklumkan bahawa MyDigital ID bakal menjadi kaedah log masuk rasmi utama bagi semua sistem UMS berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Oktober 2026.

Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan agenda transformasi digital dan identiti digital nasional bagi menyediakan sistem akses yang lebih selamat, mudah, dan bersepadu untuk seluruh warga universiti.

Kelebihan Pelaksanaan MyDigital ID:

  • Log Masuk Utama: Akses utama ke seluruh sistem digital UMS.
  • Lebih Selamat: Pengesahan identiti digital yang dipercayai untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan akaun dan kecurian identiti.
  • Akses Single Sign-On (SSO): Nikmati kemudahan mengakses pelbagai sistem UMS hanya dengan satu identiti digital.
  • Selaras Agenda Nasional: Menyokong transformasi teknologi digital peringkat kebangsaan.

📢 Tindakan Anda:
Daftar dan aktifkan MyDigital ID anda SEKARANG bagi memastikan tiada gangguan akses kepada sistem UMS selepas pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Oktober 2026.

📞 Bantuan & Maklumat Lanjut:
✉️ E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
📞 Telefon / WhatsApp: 088-329000
🌐 Laman Web: digital.ums.edu.my

#goDigitalUMS

© Copyright 2026 DigitalUMS. All right reserved.

Select your language