Pelaksanaan MyDigital ID Sebagai Log Masuk Utama Sistem UMS Mulai Oktober 2026

Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dimaklumkan bahawa MyDigital ID bakal menjadi kaedah log masuk rasmi utama bagi semua sistem UMS berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Oktober 2026.

Inisiatif ini dilaksanakan selaras dengan agenda transformasi digital dan identiti digital nasional bagi menyediakan sistem akses yang lebih selamat, mudah, dan bersepadu untuk seluruh warga universiti.

Kelebihan Pelaksanaan MyDigital ID:

  • Log Masuk Utama: Akses utama ke seluruh sistem digital UMS.
  • Lebih Selamat: Pengesahan identiti digital yang dipercayai untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan akaun dan kecurian identiti.
  • Akses Single Sign-On (SSO): Nikmati kemudahan mengakses pelbagai sistem UMS hanya dengan satu identiti digital.
  • Selaras Agenda Nasional: Menyokong transformasi teknologi digital peringkat kebangsaan.

📢 Tindakan Anda:
Daftar dan aktifkan MyDigital ID anda SEKARANG bagi memastikan tiada gangguan akses kepada sistem UMS selepas pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Oktober 2026.

📞 Bantuan & Maklumat Lanjut:
✉️ E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
📞 Telefon / WhatsApp: 088-329000
🌐 Laman Web: digital.ums.edu.my

Related News

#goDigitalUMS

© Copyright 2026 DigitalUMS. All right reserved.

Pilih bahasa anda