PERKHIDMATAN

Permohonan

Perkhidmatan yang kami tawarkan meliputi perkhidmatan ICT untuk warga UMS dan juga orang awam mana yang berkenaan.

01 Permohonan Emel Khas (Persidangan, Fakulti, Jabatan & sbg. )

02 Permohonan Sistem Baharu

03 Permohonan Penambahbaikan Sistem (Change Request)

04 Perkhidmatan Sewaan Ruang

05 Permohonan Borang Pendaftaran Pengguna Sistem (Laman Web)

06 Permohonan Akses WIFI (Program/Majlis)

07 Permohonan Akses WIFI Pelajar Latihan Industri

Kegunaan: Seminar

Kapasiti: 70 orang
Luas Lantai: 11.63m x 13.61m = 158.28mp

Kemasan Bangunan:

  • Jenis Bangunan Kekal
  • Bumbung Konkrit
  • Siling Asbestor
  • Dinding Batu Lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

    Kemudahan:
  • 64 buah kerusi auditorium
  • LED TV
  • Rostrum
  • PA system
  • Penghawa dingin

Kadar Sewa :

  • Sewa/Jam (RM): 240.00
  • Sewa/Hari (RM): 1,730.00

Kegunaan: Smart Classroom
Luas Lantai: 105.2mp

Kekemasan Bangunan:

  • Jenis binaan kekal
  • Bumbung konkrit
  • Siling asbestos
  • Dinding batu lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

Kemudahan:

  • 30 set meja dan kerusi
  • Video conferencing
  • Speaker & microphone
  • 3 buah smart TV
  • Kemudahan akses internet
  • Penghawa dingin

Kadar Sewa:

  • Sewa/Jam (RM): 65.00
  • Sewa/Hari (RM): 470.00

Kegunaan: Makmal Komputer
Keluasan: 10.11m x 9.77m = 98.77mp

Kekemasan Bangunan:

  • Jenis binaan kekal
  • Bumbung konkrit
  • Siling asbestos
  • Dinding batu lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

Kemudahan:

  • 50 set desktop komputer
  • 50 set meja dan kerusi
  • 2 buah smart TV
  • 2 buah white board
  • Speaker & microphone
  • Kemudahan akses internet
  • Penghawa dingin

Kadar Sewa:

  • Sewa/Jam (RM): 380.00
  • Sewa/Hari (RM): 2,740.00

Kegunaan: Makmal Komputer
Keluasan: 111.85mp

Kekemasan Bangunan:

  • Jenis binaan kekal
  • Bumbung konkrit
  • Siling asbestos
  • Dinding batu lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

Kemudahan:

  • 41 set desktop komputer
  • 41 set meja dan kerusi
  • 2 buah smart TV
  • 2 buah white board
  • Speaker & microphone
  • Kemudahan akses internet
  • Penghawa dingin

Kadar Sewa:

  • Sewa/Jam (RM): 310.00
  • Sewa/Hari (RM): 2,200.00

Kegunaan: Living Lab - Ruang Kosong
Keluasan: 217.35mp

Kekemasan Bangunan:

  • Jenis binaan kekal
  • Bumbung konkrit
  • Siling asbestos
  • Dinding batu lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

Kemudahan:

  • Ruang Kosong

Kadar Sewa:

  • Sewa/Hari (RM): 260.00

Kegunaan: Living Lab - Ruang Kosong
Keluasan: 193.05mp

Kekemasan Bangunan:

  • Jenis binaan kekal
  • Bumbung konkrit
  • Siling asbestos
  • Dinding batu lepaan
  • Lantai Simen/Tiles

Kemudahan:

  • Ruang Kosong

Kadar Sewa:

  • Sewa/Hari(RM): 260.00

Kegunaan sewa: Ruang Rak Server (1 unit - Full Rack)
Keluasan: 0.93m x 1.24m = 1.15mp (1 uinit rack)

Kemudahan:

  • Kawalan Penuh (24 jam)
  • Penghawa dingin

Kadar Sewa:

  • Sewa/Bulan(RM): 4,000.00

Pengenalan

Wireless Fidelity (Wi-Fi) ialah piawaian rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (WLAN – Wireless Local Area Network) yang membolehkan peranti elektronik bertukar data atau berhubung ke internet. Piawaian ini dibangunkan berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11.

Dengan menggunakan Access Point (AP) atau wireless router, pengguna boleh mengakses rangkaian LAN atau internet tanpa kabel, dalam jarak sehingga lebih kurang 100 meter (300 kaki persegi).

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kemudahan Wi-Fi disediakan untuk pelajar dan staf, serta turut dibuka kepada pelawat seperti pelajar luar, penyelidik, dan pembekal. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bertanggungjawab memastikan liputan Wi-Fi sentiasa disediakan dan diperluaskan di kampus induk serta kampus cawangan dari semasa ke semasa.

Liputan Teknologi Wi-Fi di UMS

Liputan Wi-Fi UMS meliputi hampir keseluruhan kawasan kampus dan boleh diakses pada bila-bila masa di lokasi seperti:

  • Fakulti-fakulti
  • Dewan kuliah
  • Kolej kediaman (termasuk kolej di luar kawasan UMS)
  • Perpustakaan
  • Pusat penyelidikan
  • Pejabat pentadbiran

Cara Menggunakan Wi-Fi UMS

Setiap pengguna boleh mendaftar sehingga 3 peranti pada satu masa. Langkah-langkah sambungan adalah seperti berikut:

  1. Pada peranti anda (komputer, telefon pintar atau tablet), buka tetapan Wi-Fi.
  2. Pilih rangkaian yang tersedia: UMS-STAFF, UMS-STUDENT, UMS-GUEST, atau EDUROAM.
  3. Paparan log masuk akan muncul. Masukkan katanama dan katalaluan anda.

Dasar & Peraturan

Pengguna diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Dasar ICT UMS bagi penggunaan perkhidmatan Wi-Fi universiti.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui emel: digital@ums.edu.my

Pengenalan

Kami mengurus dan menyediakan keselamatan ICT di UMS dengan menggunakan Next Generation Firewall (NGFW). Teknologi ini membantu mengurangkan kerumitan sistem serta menurunkan kos pemilikan, di samping memastikan perlindungan rangkaian yang lebih menyeluruh.

Ciri-Ciri Utama Keselamatan ICT

Sistem keselamatan ICT kami meliputi:

  • Dasar Firewall
  • Penapisan URL
  • Kawalan Aplikasi
  • Sistem Pencegahan Pencerobohan (IPS)
  • Pelaporan Insiden Keselamatan

Laporan Insiden

Sekiranya anda atau jabatan anda menjadi sasaran:

  • Penggodaman
  • Pancingan data (phishing)
  • Serangan ransomware
  • Aktiviti siber yang menyalahi undang-undang

👉 Sila laporkan segera melalui pautan yang disediakan. Maklumat yang anda berikan amat penting untuk membantu kami mencegah insiden serupa pada masa hadapan.

Perkhidmatan Kami

Sektor Keselamatan ICT bertanggungjawab mengawal dan mengurangkan risiko ancaman di UMS melalui:

  • Pengujian dan pengauditan tahap keselamatan ICT
  • Peningkatan kesedaran keselamatan ICT dalam kalangan warga UMS
  • Pembangunan Polisi Keselamatan ICT
  • Pelaporan sebarang pelanggaran polisi kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT UMS

Hubungi Kami

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
📧 digital@ums.edu.my

#goDigitalUMS

© Copyright 2026 DigitalUMS. All right reserved.

Pilih bahasa anda