KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus melangkah ke hadapan dalam agenda transformasi digital pengajian tinggi apabila barisan pensyarah dan staf Universiti Malaysia Sabah, khususnya di Fakulti Pertanian Antarabangsa (FAPI), secara rasmi dilantik sebagai Google AI Champion UMS. Pelantikan berprestij ini merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Google.
Pelantikan ini menandakan komitmen berterusan UMS dalam menyokong aspirasi KPT untuk melahirkan warga akademik dan penuntut yang berdaya saing serta celik teknologi masa hadapan.
Memperkasakan Pengajaran, Penyelidikan dan Pentadbiran
Sebagai Google AI Champion, warga akademik yang dilantik memikul peranan penting dalam memimpin pembudayaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) di peringkat fakulti dan universiti. Focus utama adalah integrasi alatan AI moden seperti Google Gemini Pro dan Gemini Notebook LM ke dalam pelbagai aspek:
- Pengajaran & Pembelajaran (P&P): Membantu pensyorah mereka bentuk bahan pengajaran interaktif, menjana idea kurikulum, dan merangka strategi pembelajaran berasaskan teknologi terkini.
- Penyelidikan & Analisis Data: Memanfaatkan kefungsian Gemini Notebook dan Gemini Pro untuk memproses rujukan literatur, mengurus pemboleh ubah kajian, serta menganalisis data penyelidikan secara lebih pantas dan efisien.
- Pengurusan Tugasan Seharian: Meningkatkan produktiviti staf akademik dan pentadbiran melalui automatasi tugasan rutin dan pengurusan maklumat yang sistematik.
Mengapa Inisiatif Ini Penting?
Aplikasi AI seperti Google Gemini bukan sekadar alat pembantu, malah menjadi pemangkin kepada penciptaan ekosistem pendidikan yang fleksibel dan inovatif. Melalui bimbingan Google AI Champions, FAPI dan UMS secara keseluruhannya berhasrat untuk:
- Rapatkan Jurang Digital: Memastikan warga fakulti mendapat pendedahan dan latihan praktikal penggunaan teknologi AI secara beretika.
- Meningkatkan Mutu Penyelidikan: Membolehkan penyelidik FAPI mengakses teknologi analitik terkini bagi menyokong kajian bidang pertanian berasaskan teknologi (smart agriculture).
- Melahirkan Graduan Kalis Masa Hadapan: Membekalkan pelajar dengan kemahiran teknologi yang relevan dengan kehendak industri global.
Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Google AI Champion UMS yang dilantik. Semoga amanah ini menjadi pemangkin utama kepada pembudayaan AI di FAPI, seterusnya menjadi inspirasi dalam memacu pelan transformasi digital UMS ke tahap yang lebih tinggi.
Selamat menjalankan tugas!
#UMStheBRAINofBORNEO #DigitalUMS #goDigitalUMS #GoogleAIChampionUMS #GeminiPro #GeminiNotebook


