Seminar ICT Negeri Sabah telah dianjurkan sejak tahun 2005 melalui kerjasama lima agensi strategik bermula dengan Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah. Keahlian seminar ini terus berkembang dengan penyertaan MAMPU Sabah dan INTAN Sabah pada tahun-tahun berikutnya. Seminar ini dianjurkan secara tahunan, dengan penganjuran dilakukan secara bergilir oleh tuan rumah rakan kolaborasi yang terlibat.
Bermula tahun 2025, Seminar ICT Negeri Sabah (SEMIT) telah dijenamakan semula sebagai Digital@Sabah, selaras dengan visi transformasi digital yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi. Tahun ini juga menyaksikan penglibatan beberapa rakan kolaborasi baharu di bawah Digital@Sabah, yang bertujuan untuk untuk memperluas rangkaian kerjasama strategik bagi mempercepatkan pembangunan dan inovasi digital di Sabah.
Bersedia untuk International Digiverse, Digital@Sabah – acara digital antarabangsa yang dinanti-nantikan tahun ini!
Tarikh: 12 - 16 November 2025
Lokasi: Sabah International Convention Centre [SICC], Kota Kinabalu.
Masa: 9.30am - 10.00pm
Ayuh sertai kiraan detik ke acara yang bakal menghimpunkan teknologi terkini, inovasi digital, penceramah berprestij, dan peluang jaringan global – semuanya di satu tempat!
Nantikan:
Pameran teknologi & inovasi
Sesi perkongsian bersama pakar industri
Aktiviti interaktif & pertunjukan digital
Peluang kolaborasi
Info lanjut: Digital@Sabah





